7,958 mangsa banjir berada di 37 PPS di Kedah

Dari Penulis

SERAMAI 7,958 mangsa banjir masih berada di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, setakat 9 pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada 2,567 keluarga, melibatkan penduduk di lima daerah di Kedah.

Daerah Kota Setar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,397 orang, diikuti Pendang (1,604), Kubang Pasu (619), Pokok Sena (219) dan Bandar Baharu (119).

Laman sesawang Public Info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, dua sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi tadim yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Sungai Perak di Pasang Api dalam daerah Bagan Datuk berada pada tahap amaran dengan paras air setinggi 2.22 meter (m), manakala Kolam Air Bukit Merah di Kerian masih pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 9.01m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut di kesemua daerah di Perak pada petang ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This