GISBH: Jabatan Mufti Selangor bersidang 30 September ini

Dari Penulis

JABATAN Mufti Negeri Selangor akan bersidang pada 30 September depan bagi memutuskan persoalan berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebelum keputusan berkenaan dibuat, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan membentangkan laporan berkaitan GISBH dalam mesyuarat MAIS pada 24 September ini.

“MAIS mengambil serius berhubung perkara ini dan telah melaksanakan tindakan bersepadu bersama JAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap GISBH dan rangkaiannya termasuk memastikan sekolah Islam yang terlibat ditutup dan dibatalkan pendaftarannya.

“(Tindakan bersepadu ini) bagi memastikan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dapat membuat keputusan segera bagi hasil kajian dan penelitian terhadap GISBH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Polis pantau kenyataan, pendedahan berkaitan GISBH di media sosial

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata MAIS menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta mengambil tindakan serius berhubung isu yang dikaitkan dengan GISBH dan rangkaiannya itu.

Semalam, Sultan Selangor menzahirkan dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya.

Sehubungan itu, baginda bertitah semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah kawalan GISBH dan rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarah ditutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor sebagai langkah pencegahan bagi mengelak kanak-kanak yang terlibat daripada terus dianiaya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This