55 penghuni rumah amal GISBH di Perak diselamatkan – Saarani

Dari Penulis

SERAMAI 55 orang kanak-kanak penghuni rumah amal kendalian GISB Holdings (GISBH) di Perak diselamatkan menerusi Op Global sehingga semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah itu kini ditempatkan di rumah jagaan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tidak dinafikan memang ada (rumah amal GISBH di Perak)… saya sudah minta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim untuk mengumpul maklumat dan data, serta membuat laporan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Rimba Raid Lenggong 2024 di Kampung Beng, hari ini.

Ditanya mengenai fatwa berkaitan kepercayaan dana ajaran GISBH di Perak, Saarani berkata, keputusan akan dibuat berdasarkan apa yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Baca artikel lain: Lelaki maut selepas Kancil dipandu langgar tiang lampu

Katanya, beliau juga akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas laporan lengkap mengenai GISBH di Perak diterima daripada JAIPk.

Beliau berkata, penentuan klasifikasi gerakan GISBH di Perak sama ada serius atau tidak, ia bergantung hasil kajian dijalankan JAIPk kelak.

“Secara kebetulan, Sultan Perak adalah pengerusi MKI yang akan mengendalikan masalah ini, jadi negeri Perak kita sedang mengumpul maklumat. Kita kena tunggu Majlis Fatwa Kebangsaan dan kita akan ikuti apa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Sehingga laporan lengkap (diterima), baru saya akan menghadap Sultan Nazrin. Kita kena tunggu laporan kajian JAIPk selaku jabatan yang terbabit itu, bersama polis,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This