Mengapa GISBH zalimi kanak-kanak? Mereka anugerah ilahi – Khutbah Jumaat Selangor

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TEKS khutbah Jumaat di negeri Selangor hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap kegiatan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya.

Ia mempersoalkan mengapa penderaan terhadap pelajar, eksploitasi kanak-kanak, buruh paksa, kesalahan jenayah seksual termasuk liwat boleh berlaku? Apakah tujuan sebenarnya?

Teks menegaskan, perbuatan jenayah dan kesalahan akidah ini mencemarkan nama baik serta kesucian agama Islam, selain tindakan boleh menyebabkan tergelincirnya akidah serta batal shahadah seseorang muslim.

“Penderaan dan pengabaian ke atas kanak-kanak yang disyaki terjadi amat mendukacitakan. Kenapa pihak GISBH melakukannya?

“Pihak GISBH hendaklah faham bahawa kanak-kanak mempunyai hak yang perlu dihormati dan disantuni. Kanak-kanak mempunyai hak untuk dimuliakan secara adil dan baik.

“Mereka juga mempunyai hak untuk hidup dan tinggal dalam suasana yang aman dan selamat serta jauh dari perlakuan jenayah yang jijik.

Baca artikel lain: Pusingan kerja instrumen penting perangi ketirisan, amalan rasuah – MCW

“Malah Nabi SAW tidak mengiktiraf golongan zalim ini sebagai umatnya kerana melakukan perbuatan yang dicela mengikut nafsu buas seperti binatang,” kata khutbah berkenaan.

Selain itu, menurut khutbah, terdapat hadis menerangkan balasan tidak dapat mencium haruman syurga ke atas seseorang penjaga yang mengabaikan hak orang-orang di bawah tanggungan mereka.

Sehubungan itu, khutbah mengingatkan masyarakat bahawa anak-anak adalah suatu amanah daripada Allah SWT untuk dijaga kemuliaan serta kebajikan mereka.

Katanya, ibu bapa serta penjaga termasuk rumah amal bertanggungjawab untuk mencorak masa depan yang baik untuk mereka malah mewujudkan persekitaran selamat sepanjang masa.

“Oleh yang demikian, janganlah didera, janganlah menganiaya kanak-kanak. Fikirlah bahawa kanak-kanak adalah anugerah ilahi.

“Lihatlah mereka dengan pandangan kasih sayang. Kanak-kanak adalah permata negara dan khazanah yang bernilai,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pembatalan kontrak peluru berpandu Norway: Kerajaan kemuka tuntutan RM1.06 bilion

KERAJAAN telah mengemukakan Notice of Demand (NOD) kepada firma Konsberg Defence & Aerospace AS (KDA) melibatkan tuntutan berjumlah 226.13...

More Articles Like This