HUJUNG minggu korang bakal terisi dengan keseronokan, kreativiti, dan barangan unik di Pesta Vintage, Thrift dan Seni yang berlangsung bermula hari ini dan esok di The Spine @ PJKita, Petaling Jaya.
Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan thrift, pameran seni, acara pecah guni, persembahan rhapsody, dan. pameran kereta yang diubahsuai.
Pesta ini turut menampilkan kerjasama daripada beberapa rakan strategik iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta komuniti kereta seperti Nochill, Ngesot Culture, dan Distrix14. Penaja utama acara pecah guni ialah JBR Bundle, manakala rakan “breakdown” rasmi ialah Bateriku.com.
Acara ini juga disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), menjadikannya platform terbaik untuk pencinta barangan thrift, seni, dan pengubahsuaian kereta serta motosikal tempatan.
Sorotan Acara:
Lebih 50 Vendor: Pelbagai barangan vintage, pakaian thrift, aksesori, kraftangan, kopi, dan food truck akan ditawarkan. Vendor terkenal seperti Whatsgoodcoffee, Ilustrasi Coffee, K.A.F.E.I.N, Bundle Ampay, Deans Bundle, dan Batik DIY turut mengambil bahagian.
Pertunjukan Kereta & Motor: Saksikan pameran kereta-kereta modifikasi oleh komuniti Nochill, Ngesot Culture, dan Distrix14, serta pameran motosikal Harley Davidson daripada KL Garage dan Hundredmilesdivision.
Hiburan Langsung: Persembahan daripada pemuzik tempatan seperti Megat Fazly, Heidi Moru, dan Razin akan memeriahkan acara pada malam Sabtu.
Makanan & Minuman: Nikmati pelbagai makanan tempatan dan minuman segar daripada vendor pilihan.
Butiran Acara:
Tarikh: 28-29 September 2024
Masa: 10:00 AM – 10:00 PM
Lokasi: The Spine @ PJKita, Petaling Jaya, Selangor
Kemasukan: Percuma
Bawa keluarga dan rakan-rakan anda ke festival yang penuh dengan gaya, seni, dan komuniti pada hujung minggu ini.

