KEMENANGAN besar calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, dilihat sebagai mencerminkan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata kejayaan calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya itu juga membuktikan semangat kebersamaan antara parti komponen dalam gabungan berkenaan.
“Kita bekerjasama sebagai satu ketumbukan Pakatan Harapan (PH) dan BN.
“Kita bahagi-bahagikan tugas supaya dapat saling menyokong antara satu sama lain dan tetap berpegang kepada semangat PH sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan dengan BN ialah antara rakan utama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman keputusan rasmi PRK itu di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Turut hadir ialah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Baca artikel lain: Malaysia kesal kebiadaban Israel
Syed Ibrahim sekali gus berharap Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, akan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk DUN Mahkota bagi menjaga nama baik Kerajaan Perpaduan pada pandangan rakyat.
Katanya, PH Johor sentiasa bersedia membantu dan memberi kerjasama penuh kepada Syed Hussien bagi tujuan itu.
Sementara itu Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai kenangan manis buat ‘Pasukan Perpaduan Kluang’ yang bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen, selain membuktikan formula Perpaduan yang diketengahkan pada pilihan raya terbabit diterima oleh Bangsa Johor.
Shu Qi yang juga Penyelaras PH Kluang bagi PRK DUN Mahkota, berharap kerjasama itu tidak terhenti dengan berakhirnya PRK kali ini, sebaliknya diteruskan kerana manfaatnya cukup besar kepada penduduk Johor.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

