PUTRAJAYA Athletic Football Club (PT Athletic FC) melakar sejarah apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Trendztok Creative Sdn Bhd (Trendztok), sebuah syarikat kreatif dalam bidang pengurusan kandungan digital dan media.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi aspek pengurusan konten dan media kelab bola sepak tersebut, sekali gus memberi dimensi baharu kepada penglibatan peminat dalam arena digital.
MoU ditandatangani oleh CEO PT Athletic FC, Arzawiyah Ab Rahman dan Pengasas Bersama serta Ketua Pegawai Operasi Trendztok, Farouk Rizal Mat Nori.
Majlis yang berlangsung di ibu pejabat Trendztok itu turut dihadiri oleh wakil-wakil dari kedua-dua pihak serta media tempatan.
Kerjasama ini dijangka membuka peluang yang luas kepada PT Athletic FC untuk meningkatkan kehadiran mereka di platform digital seperti TikTok, Instagram dan YouTube, sambil memanfaatkan kepakaran Trendztok dalam merangka strategi pemasaran yang lebih kreatif dan berkesan.
Baca artikel lain: Akses pendidikan kepada semua kekal walaupun cadang henti subsidi golongan kaya – Zambry
Di samping itu, perjanjian ini turut melibatkan pembinaan kandungan interaktif serta kempen media sosial yang direka khas untuk menarik lebih ramai peminat muda, seterusnya mengukuhkan jenama PT Athletic FC di persada sukan bola sepak tempatan dan antarabangsa.
Menurut Arzawiyah : “Kerjasama ini adalah langkah yang sangat penting dalam memperluaskan capaian PT Athletic FC ke seluruh komuniti Putrajaya dan juga Malaysia.
“Dengan bantuan Trendztok, kami yakin dapat menyajikan kandungan digital yang lebih menarik dan relevan untuk peminat kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Farouk Rizal menyatakan bahawa pihaknya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan PT Athletic FC.
“Kami melihat potensi besar dalam kelab ini dan berasa teruja untuk berkerjasama dengan mereka dalam meningkatkan penglibatan peminat melalui pengurusan kandungan yang lebih inovatif dan dinamik.
“Trendztok komited untuk membawa pengalaman bola sepak ke tahap yang lebih tinggi melalui platform digital,” katanya.
 
Dengan termeterainya MoU ini, kedua-dua pihak berharap dapat memaksimumkan kehadiran digital PT Athletic FC, sekali gus memperkasakan interaksi dengan komuniti sukan bola sepak serta meningkatkan nilai komersil kelab dalam industri sukan negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

