Lebih 2,000 umat Islam sertai perarakan Maulid Nabi di Kemboja

Dari Penulis

 LEBIH 2,000 umat Islam termasuk daripada beberapa negara menyertai perarakan Maulid Nabi Muhammad SAW di Tbong Khmum yang terletak kira-kira 170 kilometer daripada Phnom Pehn, Kemboja, kelmarin.

 Majlis yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Daerah Tbong Khmum Ustaz Arafath Yusuf itu turut disertai oleh tetamu antarabangsa dari Malaysia, Pakistan dan Turki.

  Ustaz Arafath yang juga Mudir Madrasah Tahfizul Quran Annur berkata, Ahli Parlimen Tbong Khmum, Mot Youssou, Senator Kebangsaan, Sleth Punyamin, Ahli Majlis Wilayah Kampung Cham, Tan Dalan, Timbalan Gabenor Tbong Khmum, Maat GoGott dan Timbalan Gabenor Kampung Cham, Sao Sitha antara pemimpin masyarakat Islam Kemboja yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

‘’Perarakan turut disertai tokoh intelektual Islam dari pelbagai wilayah, pelajar dan tenaga pengajar dari 15 madrasah serta sekolah di Tbong Khmum,’’ kata Ustaz Arafath dalam satu kenyataan kepada UtusanTV.

Ahli Majlis Daerah Tbong Khmum Ustaz Arafath Yusuf (tiga dari kanan) bersama-sama tokoh agama menyertai perarakan Maulid Nabi Muhammad SAW di Tbong Khmum.

Ustaz Arafath memberitahu, Ahli Parlimen Tbong Khmum, Mot Yousso ketika berucap di majlis itu berkata, perpaduan adalah kekuatan Islam serta mampu menyatukan seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

‘’Ia juga akan menjadi teras untuk kemakmuran dan kesejahteraan Kemboja,’’ kata Mot Yousso.

Sehubungan itu, Mot Yousso meminta intelektual Islam bekerjasama memerangi masalah sosial dan mengeratkan hubungan antara sesama Islam dan bukan Islam.

 Ustaz Arafath turut memberitahu, sambutan Maulid itu bermula pada Khamis dengan pengisian ceramah agama yang disampaikan oleh beberapa penceramah jemputan.

‘’Penganjur turut memberi peluang masyarakat Kemboja menjalankan aktiviti ekonomi dengan membuka gerai-gerai jualan,’’ katanya.

 Sepanjang majlis itu juga penganjur turut mengambil kesempatan mengumpul dana bagi menyiapkan Masjid Istiqomah, di Kampung Jermin, Tboung Khmum  yang sedang diusahakan oleh Madrasah Tahfizul Quran Annur Kemboja  dan Pertubuhan Istiqomah Kota Warisan Malaysia.

Peserta perarakan Maulid Nabi Muhammad SAW bergambar di hadapan Masjid Istiqomah Kampung Jemin, Tbong Khmum yang masih memerlukan dana untuk disiapkan sepenuhnya penghujung tahun ini.

 Projek yang menelan belanja RM2.5 juta itu turut mendapat sokongan Mufti Kemboja, Dato’ Okhnan Kamry serta kerjasama Kerajaan Kemboja khususnya Gabenor Tboung Khmumum.

 Ketika ini projek itu berhadapan dengan kekurangan dana sebanyak RM250,000 bagi memastikan masjid itu dapat disiapkan sepenuhnya.

 Sehubungan itu Ustaz Arafath berharap umat Islam akan menghulurkan sumbangan bagi mencukupkan dana yang diperlukan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 000100200004009 atas nama Madrasah Tahfizul Quran Annur School Cambodia. Selain itu mereka juga boleh menghulurkan sumbangan berkenaan ke nombor akaun Maybank 568603036185 atas nama Pertubuhan Istiqomah AlHijrah Kota Warisan, Sepang.

 Mereka juga boleh mendapat maklumat lanjut daripada Ustaz Arafath di talian +855972255178 atau Pengerusi Pertubuhan Istiqomah AlHijrah Kota Warisan, Sepang iaitu Haji Hasbullah di talian 0199557333, Haji Wan Nawi (Timbalan Pengerusi) di talian 0133699151, Haji Roslan 0192658839 (Setiausaha) atau Haji Abu Bakar 0166607204 (Bendahari).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This