SEORANG pegawai tentera ditahan selepas dipercayai mencabul kakitangan bawahannya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, dekat Kota Bharu.
Suspek berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam selepas polis menerima laporan polis daripada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata berdasarkan laporan mangsa yang berusia lingkungan 30-an mendakwa dicabul pegawai atasannya itu beberapa kali.
“Susulan laporan itu, kita menahan suspek yang juga kakitangan awam semalam.
“Suspek kini ditahan reman tiga hari bermula sehingga Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu, sebelum Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi membenarkan permohonan reman tiga hari bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

