DUA lelaki direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Georgetown bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki di sebuah bazar di Lebuh Pasar yang didakwa menyerupai corak Kaabah dan masjid.
Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi hari ini membenarkan perintah reman berkenaan dikeluarkan terhadap lelaki yang masing-masing berusia 26 dan 41 tahun itu.
Berita Harian melaporkan, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Baca artikel lain: Kes bunuh Nur Farah Kartini disebut semula 10 Disember
Sebelum ini media melaporkan, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, dua lelaki yang juga penjual dan pemilik kedai ditahan susulan laporan berkenaan.
Pengadu mendakwa melihat beberapa alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid itu dijual kepada orang ramaisebelum membelinya dan membuat laporan polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

