Bank Rakyat taja lapan pelajar ke Universiti Wise, Jordan

Dari Penulis

BANK Rakyat menyampaikan dermasiswa penuh berjumlah keseluruhan RM1.48 juta kepada lapan orang pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di The World Islamic Sciences and Education University (WISE), Amman, Jordan.

Seramai tujuh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh Syafie di Universiti WISE selama empat tahun, bermula tahun 2024 hingga 2028. Manakala, seorang lagi pelajar sedang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana, juga dalam bidang Fiqh Syafie di universiti yang sama selama tempoh dua tahun, bermula 2023 hingga 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, pemilihan pelajar-pelajar ini yang terdiri daripada kalangan asnaf adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial Bank Rakyat melalui Jabatan Pengurusan Zakat, Pembangunan Islam dan Hal Ehwal Surau.

“Dana zakat yang disumbangkan sepenuhnya untuk menanggung kos pelajaran mereka adalah satu pelaburan jangka panjang untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam bidang Syariah. Mereka inilah yang akan menjadi tulang belakang kepada industri perbankan dan kewangan Islam negara kita satu hari nanti, Insya-Allah”.

Selain itu, mereka juga akan mengikuti kelas tambahan dan intensif di Pusat Madarik di bawah kendalian Syeikh Dr. Amjad Rasyid. Di sini, mereka akan mempelajari kitab-kitab turath Fiqh Syafie secara mendalam, satu usaha penting dalam memastikan mereka benar-benar mahir dan berwibawa dalam bidang ini.

Dato’ Dr. Mohammad Hanis turut menzahirkan harapan agar para pelajar dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya dan mengingatkan bahawa mereka membawa harapan diri sendiri, keluarga, Bank Rakyat, dan negara. “Saya yakin dengan usaha gigih, disiplin dan doa, anda semua akan mencapai kejayaan yang cemerlang, Insya-Allah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This