200 dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Brazil

Dari Penulis

KIRA-kira 200 orang disyaki tertimbus selepas tanah runtuh melanda kawasan pelabuhan Manacapuru, negeri Amazonas, Brazil pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Kor Bomba Tentera Rio de Janeiro, tanah yang menyokong sebahagian Pelabuhan Terra Preta yang terletak di tebing Sungai Amazon, runtuh secara tiba-tiba dan punca kejadian masih belum diketahui.

Walaupun kawasan itu dalam pembinaan, pelabuhan terbabit terus beroperasi sebagai pusat pengangkutan utama.

Dilaporkan lebih 200 orang menjalankan aktiviti memuat dan memunggah barang ketika kejadian berlaku.

Baca artikel lain: Ringgit dibuka mengukuh susulan kenaikan harga minyak

Insiden tragis ini mungkin berpunca daripada hakisan tebing sungai yang semakin memburuk akibat kemarau yang melanda wilayah itu.

Majlis bandaraya Manacapuru memaklumkan bahawa pasukan Pertahanan Awam, Kor Bomba Tentera dan agensi berkaitan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

— Bernama-Xinhua

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Operasi tren di Stesen JB Sentral ditutup sementara

OPERASI perkhidmatan tren di Stesen JB Sentral akan ditutup sementara mulai pukul 10 malam ini sehingga 6 pagi esok. Perkara...

More Articles Like This