4 murid tahfiz hilang, polis sahkan terima laporan

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima
laporan berhubung kehilangan empat murid tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan diterima pada kelmarin selepas empat murid tersebut keluar dari pusat tahfiz dan tidak pulang.

“Kertas Enkuiri Polis di bawah kes orang hilang telah dibuka dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyatanan ringkas hari ini.

Sebelum itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shahril Othman memuat naik hantaran memohon orang ramai membuat hebahan mengenai kehilangan anaknya yang merupakan murid tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menerusi laporan polis yang dikongsikan, dalam kejadian pukul 10.30 malam, hari Isnin, pengadu yang merupakan seorang ustaz di pusat tahfiz berkenaan telah menerima makluman mengenai kehilangan empat muridnya.

Pengadu kemudian telah bertindak menghubungi ibu bapa dan penjaga murid tersebut untuk memaklumkan tentang kehilangan anak mereka.

Pengadu bersama kakitangan tahfiz telah mencari empat murid tersebut namun tidak ditemui.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This