AUTORIS Group Holdings Berhad (AUTORIS) telah disenarai awam di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Berhad bermula hari ini.
AUTORIS Dalam kenyataan memaklumkan, syarikat itu disenarai dengan nama saham AUTORIS dan kod saham ‘03059’.
Jelas AUTORIS, mereka adalah sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dalam penyediaan perkhidmatan Penilaian Pampasan (Loss Adjusting) untuk segmen motor dan bukan motor.
AUTORIS menjelaskan, saham syarikat itu dibuka pada harga RM0.20, mewakili premium 100.00 peratus berbanding harga rujukan penyenaraian sebanyak RM0.10 sesaham.
Menurut AUTORIS, Dengan harga pembukaan RM0.20, modal pasaran syarikat berkenaan dianggarkan sekitar RM74.42 juta.
“AUTORIS dan anak-anak syarikatnya (Kumpulan) terlibat secara langsung dalam Penilaian Pampasan untuk segmen motor dan bukan motor.
“Kumpulan ini menawarkan perkhidmatan Penilaian Pampasan motor dan bukan motor untuk individu yang bercadang untuk mengemukakan tuntutan kepada penanggung insurans pihak ketiga.
“Skop kerja Kumpulan melibatkan kajian dan penyiasatan berkaitan dengan tuntutan/kemalangan dan menyediakan laporan penilaian (penilaian terperinci yang diperoleh daripada kajian dan penyiasatan),” jelas AUTORIS.
Mengulas lanjut, AUTORIS menerangkan, laporan penilaian juga merangkumi anggaran dan cadangan untuk kos tuntutan yang akan dibayar balik oleh penanggung insurans bagi memulihkan item yang rosak kepada keadaan asalnya.
Jelas AUTORIS, laporan penilaian diperlukan untuk mengemukakan tuntutan insurans kepada penanggung insuran dan untuk memastikan bahawa penuntut diberi pampasan yang adil oleh penanggung insurans.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan AUTORIS, Low Kai Sein berkata, kejayaan itu menandakan pencapaian penting dalam perjalanan korporat mereka.
Katanya, hal itu kerana AUTORIS membina syarikat Penilaian Pampasan yang semakin berkembang dengan fokus pada penyediaan perkhidmatan Penilaian Pampasan untuk segmen motor dan bukan motor.
“Kami telah berjaya mengumpulkan hasil kasar sebanyak RM7.81 juta melalui pengumpulan dana persendirian pra-penyenaraian untuk membiayai rancangan pengembangan perniagaan kami yang merangkumi kepelbagaian perkhidmatan penilaian pampasan kepada pelbagai jenis tuntutan insurans serta pembukaan pejabat baru di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah, dan Sarawak bagi memenuhi jangkaan pertumbuhan kami,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

