Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi Sambutan Minggu Perpaduan Negara 2025 – Aaron Ago Dagang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PULAU Pinang telah dipilih sebagai lokasi penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2025, kata Menteri Peraduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurut Aaron, perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Perpaduan bersama Exco-Exco Perpaduan Negeri dan Exco-Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam (MExUnity) yang kedua bagi  2024 hari ini.

Jelas beliau, sambutan itu bertujuan untuk memupuk perpaduan dan integrasi melalui pendekatan terpilih dan cekap sehingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, matlamat SMP adalah untuk mengukuhkan hubungan masyarakat dan memelihara ekosistem perpaduan.

“Selain itu, mesyuarat pada kali ini telah memberi fokus kepada perbincangan mengenai Kajian Pembangunan Model Kesepaduan Sosial Sabah dan Sarawak oleh pasukan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

“Kajian ini mendapati tahap kesepaduan sosial di Sabah dan Sarawak berada pada tahap tinggi. 

“Hal ini bermakna, perbezaan etnik, agama dan latar belakang masyarakat di negeri ini bukan faktor penghalang kepada kesepaduan sosial,” katanya dalam kenyataan hari.

Mengulas lanjut, Aaron berkata, faktor Jarak Sosial (JS) yang dekat dan keakraban hubungan antara individu merupakan faktor dominan yang mempengaruhi kesepaduan sosial. 

Katanya, kedekatan hubungan jarak sosial itu boleh ditafsirkan bahawa sikap penerimaan dan saling percaya masyarakat di Sabah dan Sarawak melangkaui sempadan etnik, agama dan budaya.

Dalam pada itu, Aaron berkata, kajian mengenai kenyataan berbaur kebencian di Malaysia oleh pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) juga turut dibentangkan dalam MExUnity.

Menurut Aaron, di Malaysia, masih belum terdapat kajian khusus untuk mengenal pasti tahap kefahaman, pengaruh dan kesan permasalahan kenyataan berbaur kebencian dalam masyarakat Malaysia. 

“Lantaran itu, kajian ini dilaksanakan secara komprehensif bagi tujuan untuk mengisi kelompangan tersebut.

“Kajian ini hanya akan memfokuskan kepada kenyataan berbaur kebencian yang berlaku di Malaysia tanpa melibatkan isu berkaitan dengan kebebasan bersuara. 

“Kenyataan berbaur kebencian di media sosial adalah suatu bahana serius yang memerlukan perhatian bersama dari segenap lapisan masyarakat. 

“Dengan strategi dan langkah yang komprehensif, serta pelaksanaan yang efektif, masyarakat multi-etnik mampu memperkasa keharmonian sosial dan mengurangkan pengaruh negatif dari kenyataan berbaur kebencian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga runcit RON97, RON95, diesel tanpa subsidi turun 10 sen

HARGA runcit RON97 tanpa subsidi termasuk RON95 dan diesel turun 10 sen seliter, masing-masing kepada RM4, RM3.37 dan RM3.97...

More Articles Like This