Jenazah penuntut UiTM Dungun, Khairil Anwar selamat dikebumikan di Ampang

Dari Penulis

JENAZAH penuntut Universiti Teknologi Mara Dungun yang maut dalam kemalangan malam semalam, selamat dikebumikan 4.50 petang hari ini.

Khairil Anwar Jamaludin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang

Jenazah Khairil Anwar, 20, sebelum itu siap dibedah siasat dan dikafankan di Unit Forensik Hospital Dungun, pukul 9.50 pagi sebelum dibawa ke Masjid UiTM Terengganu, Kampus Sura Hujung untuk solat jenazah.

Van membawa jenazah diiringi keluarga dan rakan allahyarham tiba di tanah perkuburan pada pukul 4.25 petang.

Hampir 100 orang termasuk ahli keluarga, penduduk, dan rakan menghadiri majlis pengebumian jenazah.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, dalam kejadian pukul 7.20 malam tadi, Honda CRV dipandu seorang wanita telah merempuh dua motosikal yang ditunggang semua mangsa dari arah belakang.

Rempuhan itu menyebabkan tiga pelajar iaitu Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor maut di tempat kejadian.

Sementara seorang pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan, 20, mengalami kecederaan pada bahagian belakang.

Ketika kejadian, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan malam di sebuah kedai tidak jauh dari tempat kejadian.

Susulan kejadian itu, polis menahan pemandu SUV berusia 49 tahun dan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini membenarkan reman selama empat hari sehingga Ahad bermula hari ini.

Suri rumah yang mempunyai tiga anak dan dipercayai mengalami masalah mental itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada 9 pagi tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This