PENGARAH Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Komander (K) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berjaya meraih empat pingat emas dan menerima Anugerah Terbaik bagi kategori Pitching in Learning Research di Ekspo Inovasi dalam Pengajaran & Pembelajaran (InTeLeX) 2024.
Irmohizam berkata, beliau mengambil peluang untuk menyertai ekspo itu kerana percaya ia akan memotivasikan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar minat mereka.
“Kita tidak pernah terlalu lewat untuk mencapai perkara hebat dalam hidup.
“Kemenangan empat pingat emas dan Anugerah Terbaik bagi kategori Pitching in Learning Researchtidak dapat dicapai tanpa sokongan dan dorongan daripada penyelia saya, Prof Datuk Dr Norhasni Zainal Abidin,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, InTeLeX 2024 berlangsung semalam di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Ekspo yang dianjurkan oleh UPNM ini telah dirasmikan oleh Naib Canselornya, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.
UPNM-InTeLeX 2024 bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada pedagogi dan metodologi baharu dan inovatif.
Ahli akademik dan pelajar juga turut berkongsi kepakaran mereka secara kompetitif dalam Pengajaran & Pembelajaran (TnL) dalam pelbagai bidang.
Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, model pengurusan di WTCKL terutamanya dalam penjenamaan dan pasca-COVID-19 telah digunakan sebagai rujukan dalam pembentangan yang berjaya mendapat empat pingat emas berkenaan.
Katanya, hasil pembentangan itu dapat memberi idea kepada rakan-rakan industri Acara Perniagaan yang lain untuk dijadikan sebagai contoh dalam terus memacu industri ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

