KELUARGA kepada Ishak Yusof ,24, memohon jasa orang ramai membantu mengesan pemuda itu yang dilaporkan hilang selepas dilihat keluar dari sebuah madrasah di Pinang Jaya, Kepala Batas pada 8 Oktober lalu.
Adiknya Saadiah Yusof, 22, memaklumkan, seminggu sebelum kejadian kehilangan Ishak, abangnya itu ada mengadu mengalami gangguan fikiran dan rasa kurang sihat.
“Dia (Ishak) tidak mengalami masalah kemurungan. Tetapi seminggu sebelum dia hilang, dia cakap ada benda yang menggangu fikiran dia.
“Dia beritahu sambil menangis yang dia ada rasa tidak sedap badan dan tidak tenang. Dia tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelum ini,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, pada 6 Oktober pukul 8 malam, Ishak memaklumkan mahu pergi ke sebuah madrasah yang merupakan tempat pengajiannya dahulu dipercayai bagi mencari ketenangan.
Kata Saadiah, petugas di madrasah tersebut memaklumkan bahawa Ishak berada di madrasah selama dua ke tiga hari sebelum dilihat keluar.
“Petugas madrasah memberitahu bahawa pada petang 8 Oktober, Ishak dilihat telah membuka baju serta meninggalkan dompet, telefon bimbit dan sebuah motosikal sebelum keluar dari madrasah hanya dengan berseluar warna gelap,” ujarnya.
Katanya, dia dan keluarga telah menghubungi rakan-rakan Ishak namun tiada yang tahu keberadaannya.
Saadiah berkata, keluarganya telah membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas dan berharap abangnya itu segera ditemui dalam keadaan yang selamat.
Jelasnya, Ishak yang merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik itu berketinggian 168 sentimeter dan berat 100 kilogram.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ishak Yusof boleh menghubungi keluarga di talian 010-3906047 (Adam) atau 018-9819571 (Azizi).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

