6 Jenis Kentang Ini, Jika Tidak Kenal Sangatlah Rugi

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Pengambilan kentang membuatkan seseorang itu bertenaga dan kenyang lebih lama. Kentang kaya dengan serat, melancarkan sistem pencernaan dan sesuai untuk diet. Kentang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk kulit muka dan kaya dengan zat besi.

Pengambilan kentang dapat melawan penyakit seperti mengurangi risiko kanser. Kentang juga sesuai untuk perkembangan otak serta menghindari gangguan saraf. Kenali 6 jenis kentang yang popular di Malaysia. Mungkin ada di antaranya yang tidak tahu jenis-jenis kentang ini.

Kentang Putih Panjang

Kentang Putih Panjang
Bentuknya agak lonjong dan kulitnya nipis. Kandungan kanji amat sedikit. Ia sesuai direbus dan digoreng untuk dijadikan fries atau wedges.

Kentang Russet

Kentang Russet
Kentang jenis ini paling banyak ditanam di Amerika Syarikat. Kandungan kanji amat tinggi dan ia amat sesuai untuk dijadikan kentang lenyek atau dijadikan pai.

Kentang Merah

Kentang Merah
Sesuai dijadikan salad, dibakar dan dikukus. Isinya lembut dan gebu.

Kentang Putih

Kentang Putih
Kentang jenis ini boleh didapati sepanjang tahun dan kandungan kanjinya agak kurang. Kulit dan isinya agak lembut dan berkrim. Kebiasaannya dijadikan campuran salad, dikukus dan enak kalau digoreng.

Kentang Kuning

Kentang Kuning
Kentang jenis ini popular di Amerika Syarikat dan isinya yang berkrim dan lemak sesuai dijadikan kentang lenyek dan direbus.

Kentang Biru/Ungu

Kentang Biru/Ungu
Ia banyak ditanam di Amerika Selatan dan kini banyak di tanam di Amerika Syarikat. Kentang jenis ini banyak dituai pada musim luruh. Isinya agak kasar dan rasanya seperti kekacang dan sesuai dikukus.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This