PELABUR luar menyatakan rasa gembira dan bangga mereka di atas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah serta menitikberatkan soal tata kelola yang baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan ini membolehkan urusan perniagaan berjalan dengan lancar tanpa ada sekatan-sekatan yang tidak menyenangkan dalam kalangan pelabur.
“Ia tentunya menjadi salah satu faktor syarikat yang datang melabur, dia yakin tidak perlu ada komisyen, bila dia datang melabur tidak perlu ada 20 peratus untuk syarikat tertentu, (untuk) kroni.
“Ini amalan yang tidak boleh dinafikan, kebanyakan syarikat baru yang datang yang pernah melabur dulu semua menyatakan mereka bangga kerana tidak ada syarat tersebut (lagi).
“Baru-baru ini syarikat besar umpamanya termasuk bila ada pemilikan tanah di Selangor dan cara proses itu dipercepatkan dan tanpa komisyen itu membantu pelabur,” katanya.
Baca artikel lain: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bebas-Bukit Gantang) bertanya apakah kesan daripada tata kelola yang baik dan usaha memerangi rasuah kepada para pelabur yang datang ke negara ini.
Pada masa sama, Anwar menegaskan, dua usaha murni tersebut turut menjimatkan wang kerajaan dan perkara itu dapat dilihat dalam pembentangan Belanjawan 2025 minggu ini.
“Dengan ketegasan kita mengelak rundingan terus dan tender yang lebih telus itu menyebabkan kos dapat dikurangkan, sebab itu kita harus tegas dan teruskan.
“Apakah ia mudah, tidak, (usaha) kita memang dihargai oleh rakan-rakan di Pakistan, Bangladesh tetapi saya terima kenyataan bahawa ia tidak mudah kerana apa juga tindakan terhadap jerung besar mesti akan menimbulkan reaksi.
“Jadi setiap kali ambil tindakan semuanya dikatakan itu tindakan politik, termasuk kalau ada RM200 juta di rumah semua dikatakan tindakan politik,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

