RUU Mufti digubal selaras Perlembagaan, tidak tergesa-gesa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGGUBALAN Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 atau RUU Mufti dilaksana selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, RUU Mufti telah melalui suatu proses penggubalan yang teliti dan panjang bagi memastikan suatu RUU yang komprehensif digubal serta teratur.

Sehubungan itu, Mohd Na’im menafikan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa RUU tersebut digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, penggubalan RUU Mufti itu adalah usaha yang diambil oleh kerajaan bertujuan memartabat dan memperkasa institusi mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Menerusi pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan hukum syarak akan dapat ditadbir secara teratur, telus serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, semua pihak dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang tidak bersandarkan fakta kerana ia boleh mencetuskan polemik terhadap usaha murni ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im menjelaskan, Jawatankuasa Penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) telah ditubuhkan pada tahun 2021.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu bertujuan untuk mengkaji dan menggubal suatu akta yang khusus untuk mufti.

Baca artikel lain: RUU Mufti 2024 tak beri kekebalan, ada pihak cuba kaburi pandangan masyarakat – PGSM

“Jawatankuasa Penggubalan ini dianggotai oleh wakil daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Jabatan Peguam Negara; Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Selangor,” katanya.

Semalam, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan media rasmi kerajaan memberi ruang kepadanya untuk berdialog bersama Mohd Na’im secara terbuka membincangkan isu mengenai RUU Mufti.

Mohd Asri berkata, Mohd Na’im sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan selaras dengan idea kerajaan MADANI.

Namun, beliau menyifatkan menteri berkenaan sedang membawa negara ke kancah kafir-mengkafir dan sesat-menyesatkan.

Mohd Na’im sebelum ini memaklumkan, RUU Mufti akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada mesyuarat Parlimen kali ini.

Sebelum ini RUU Mufti adalah antara empat RUU yang ditangguhkan daripada dibentangkan pada mesyuarat sebelum ini.

Tiga RUU lain ialah RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This