PENASIHAT Media Khazanah Nasional Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly telah dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO).
PMO dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Mohammed Shazalli itu berkuat kuasa semalam (14 Oktober) bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia, Ogos lalu.
“Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.
“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Allahyarham Rozaid menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya pada 18 Ogos lalu akibat masalah jantung pada usia 59 tahun.
Allahyarham sebelum itu menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, sejak 1 Julai lepas dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos.
Baca artikel lain: ‘Jaga adik-adik, keluarga’, pesanan akhir Rozaid kepada anak sulung
Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh cahaya mata berusia dari 17 hingga 33 tahun.
Mohammed Shazalli, 62, sebelum ini adalah bekas Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd dari Disember 2020 hingga Disember 2022.
Beliau adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd (TM) dari April 2017 dan Jun 2018.
Sebelum itu, beliau adalah CEO serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat Axiata Group Bhd dari September 2016 hingga Mac 2017.
Mohammed Shazalli memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington, AS.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

