Proses audit penting pastikan ketepatan laporan kewangan, patuh undang-undang cukai – LHDN

Dari Penulis

PROSES pengauditan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bukan bertujuan membebankan pembayar cukai, sebaliknya bagi memastikan ketepatan laporan kewangan dan pematuhan undang-undang cukai, selain berperanan mengekalkan integriti sistem percukaian.

Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia Jabatan Khidmat Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohamad Razli Mohamad Ali berkata proses itu juga membolehkan pihaknya mengesan ketidakpatuhan termasuk kes-kes pelarian cukai, pengisytiharan pendapatan yang kurang daripada sepatutnya atau tuntutan potongan dan pelepasan yang tidak sah.

“Ramai pembayar cukai menganggap audit sebagai sesuatu yang menakutkan, namun dengan persiapan dan komunikasi yang baik, proses itu dapat diatasi dengan tenang,” katanya ketika menjadi tetamu program Klinik Cukai di Bernama Radio, hari ini.

Mohamad Razli berkata pembayar cukai yang tidak menghantar borang nyata cukai pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan juga termasuk dalam senarai untuk dilakukan audit, terutama pemeriksaan terhadap rekod kewangan pembayar cukai.

Sehubungan itu beliau menyarankan pembayar cukai untuk memahami kandungan notis audit dengan mengenal pasti maklumat penting seperti tahun taksiran yang terlibat untuk semakan; jenis kesalahan; dokumen yang diperlukan; tempoh maklum balas; dan maklumat pegawai audit untuk dihubungi bagi memberi maklum balas.

Baca artikel lain: LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif

“Sekiranya LHDN tidak menerima maklum balas daripada pembayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan, mereka dianggap tidak mempunyai bukti dan tidak layak dibenarkan tuntutan. Mereka boleh dikenakan penalti bergantung kepada kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pembayar cukai akan menerima Notis Taksiran Tambahan dan dikehendaki membayar cukai yang telah ditetapkan,” katanya sambil menambah tempoh audit berbeza bergantung kepada jenis dan kerumitan kes.

Beliau berkata bagi pembayar cukai berpendapatan selain penggajian dan syarikat, ia berkemungkinan akan melibatkan masa yang agak lama bergantung kepada kerjasama daripada pihak pembayar cukai dan jenis dokumen yang akan diaudit.

“Jika perniagaan atau urusan cukai adalah rumit, mendapatkan khidmat ejen cukai yang bertauliah boleh membantu untuk memastikan semua dokumen cukai adalah lengkap dan mengikut undang-undang, manakala bagi pembayar cukai individu atau perniagaan kecil dengan rekod cukai yang mudah dan tidak rumit, audit boleh diuruskan oleh mereka sendiri namun semua rekod dokumen yang berkaitan perlu disimpan dengan baik,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis cari individu panjat pagar, curi pakaian di jemuran

POLIS menjalankan siasatan bagi mengesan seorang individu yang dipercayai telah menceroboh sebuah rumah dengan memanjat pagar dan mencuri pakaian...

More Articles Like This