Ketangkasan penguatkuasaan antara agenda utama KPDN banteras penyelewangan diesel subsidi – Armizan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AGENDA ketangkasan penguatkuasaan menjadi satu daripada keutamaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam menangani isu penyelewangan bahan api diesel bersubsidi.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, di peringkat KPDN, strategi utama yang dilaksanakan meliputi aspek penguatkuasaan, pengurusan risiko dan partisipasi massa.

Daripada segi penguatkuasaan, Armizan berkata, gerak kerja penguatkuasaan dilaksanakan melalui Ops Tiris yang telah bermula pada Mac 2023.

Katanya, berdasarkan statistik Ops Tiris 3.0 dari tempoh Januari hingga 19 Oktober tahun ini, KPDN telah melakukan 30,634 pemeriksaan dan menghasilkan sebanyak 1,561 kes melibatkan penyelewengan diesel.

“Statistik keseluruhan meliputi serahan kes melibatkan agensi penguatkuasaan lain merekodkan jumlah rampasan diesel bersubsidi adalah sebanyak 13.8 juta liter yang dianggarkan bernilai lebih RM31 juta. 

“Selain itu, setakat Januari hingga Oktober 2024, KPDN telah membuka sebanyak 6 kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“KPDN juga melaksanakan pembatalan dan penggantungan lesen barang kawalan berjadual melibatkan penjualan diesel pada peringkat pengilang, pemborong dan peruncit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas mengenai pengurusan risiko, Armizan berkata, KPDN telah menguatkuasakan larangan dan kawalan jualan petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing di stesen minyak di seluruh negara mulai Jun 2022.

Katanya, KPDN juga telah mengenakan had penjualan diesel bagi kenderaan berpendaftaran Malaysia tidak melebihi 250 liter sehari dengan syarat diisi terus ke dalam tangki asal kenderaan.

Menurut Armizan, penjualan petrol dan diesel dalam bekas selain dari tangki asal kenderaan perlu mendapatkan kebenaran dari Pengawal Bekalan melalui kelulusan Permit Khas.

Katanya, KPDN juga mengawal selia operasi stesen-stesen minyak di negeri bersempadan dengan pelaksanaan Buku Log dan Peti Lawatan yang telah dilaksanakan sejak  2021.

Dalam pada itu, mengulas mengenai partipasi massa, Armizan berkata, inisiatif ‘KITA GEMPUR’ merupakan langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa.

Katanya, langkah itu antara lain bagi membanteras isu penyelewengan dan penyeludupan diesel subsidi. 

“K.I.T.A ini adalah citra pendekatan KPDN dalam gerak kerja Kementerian yang bersandarkan kebersamaan pemegang taruh iaitu K (Kerajaan), I (Industri), T (Tatakelola) dan A (Awam).

“KITA GEMPUR ini akan menjadi teras agenda ketangkasan penguatkuasaan yang bersandarkan kepada pendekatan whole of nation approach,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This