Ragut rantai emas, polis buru lelaki berpakaian penghantar makanan

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki berpakaian sebagai penghantar makanan yang dipercayai terlibat dalam kejadian ragut di kaki lima, kedai buah-buahan di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan pada 1 petang kelmarin.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/7562

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pengadu yang merupakan seorang wanita India berusia 37 tahun telah mengalami kerugian seutas rantai berloket bernilai kira-kira RM3,000.

Beliau berkata, pengadu telah diragut oleh seorang lelaki berbangsa tidak pasti yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna biru.

“Dalam kejadian ini, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis kini giat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This