Kibar bendera China di Teluk Intan: Saarani minta kenyataan tidak disalah erti

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta supaya kenyataannya berhubung tindakan sekumpulan individu mengibarkan bendera China dalam satu perarakan sempena Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, kelmarin tidak disalah erti.

Saarani dalam kenyataan menegaskan, pendirian Kerajaan Negeri Perak sangat jelas melibatkan isu sedemikian.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Perak berpendirian apa jua kegiatan dalam mana-mana penganjuran atau perhimpunan tidak menjadi kesalahan selagi memenuhi dan mengikuti peraturan serta undang-undang sedia ada.

Saarani menjelaskan, perbuatan yang menjadi kesalahan adalah sekiranya ada mana-mana rakyat tempatan yang mengibarkan bendera asing.

Tegasnya, perkara tersebut adalah tindakan yang dilihat mengagung-agungkan negara lain.

“Tindakan mana-mana warga asing mengibarkan bendera kebangsaan masing-masing di luar negara bukan sesuatu yang janggal, malah pemandangan sedemikian biasa dilihat dalam banyak perhimpunan di luar negara termasuk dalam temasya sukan.

“Bagaimanapun, perbuatan sedemikian tetap tertakluk dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Malah, Saarani menegaskan, dalam sidang akhbarnya semalam, beliau sendiri telah mengesyorkan supaya kes tersebut disiasat oleh pihak berkuasa sama ada ia melibatkan warga asing atau sebaliknya.

“Dalam konteks kejadian di Teluk Intan, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap kumpulan berkenaan mengikut saluran undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949,” jelasnya.

Baca artikel lain: Perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan tiada permit polis

Sehubungan itu, Saarani meminta semua pihak perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas jika ada berlaku pelanggaran terhadap peraturan atau undang-undang sedia ada.

Terdahulu, Saarani dilaporkan berkata, tindakan mengibarkan bendera China pada perarakan berkenaan sebagaimana tular, tiada salahnya jika ia dilakukan oleh pelancong atau rakyat negara Tembok Besar itu sendiri.

Namun begitu, beliau menggariskan kesalahan nyata berlaku jika rakyat Malaysia berketurunan Cina tiba-tiba mengibarkan bendera China, kerana itu seolah-olah mengagungkan negara asing dan mencemarkan identiti nasional.

Isu berhubung sekumpulan individu bertindak mengibarkan bendera China dipercayai berlaku di Teluk Intan tular dalam media sosial sejak semalam.

Polis mengesahkan penganjur perarakan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan itu telah melanggar syarat permit.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, penganjur mempunyai permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.

Beliau berkata, susulan itu polis akan merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya Isnin ini untuk tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This