MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas Iran terutama di bandar Tehran, Karaj, Kashan, Mashhad dan Shiraz pada awal pagi, hari ini.
Kementerian Luar dalam kenyataan menegaskan, serangan yang dilakukan Israel itu merupakan pelanggaran jelas ke atas undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kestabilan serantau.
Menurut Kementerian Luar, skala serangan, jumlah yang terkorban dan tahap kerosakan masih ditentukan.
“Malaysia menggesa agar tindakan permusuhan dihentikan serta-merta dan kitaran keganasan ditamatkan.
“Tindakan berterusan Israel tanpa sebarang hukuman, telah dan akan menjejaskan keselamatan serta kestabilan masa depan Asia Barat, membawa rantau tersebut ke ambang konflik yang lebih meluas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Empat rakyat Malaysia dievakuasi dari Lubnan – Wisma Putra
Mengulas lanjut, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra itu memberitahu, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas susulan serangan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan tersebut.
“Semua rakyat Malaysia di Iran dinasihatkan supaya bertenang, berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tehran iaitu di No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St, Shahrak-e-Gharb, Tehran, Iran.
“Mereka juga boleh menghubungi kedutaan melalui telefon di +9821 8807 2444 atau +9821 8807 8606 atau melalui e-mel di [email protected],” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

