Taufan Trami: TUDM atur gerak helikopter laksana bantuan kemanusiaan di Filipina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerak sebuah helikopter EC 725 AP dari No 5 Skuadron Pangkalan Udara Labuan ke Filipina bagi melaksanakan bantuan misi kemanusiaan (HADR).

Ia susulan kejadian Taufan Tropika Kristine (Trami) yang telah menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di Filipina.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan, atur gerak aset TUDM itu bagi menzahirkan hasrat murni Kerajaan Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan menyokong Kerajaan Filipina.

Menurut TUDM, ia bagi memberi bantuan logistik udara bagi mobilisasi barangan bantuan bencana kepada rakyat Filipina di sekitar kawasan terjejas bencana.

“Pesawat TUDM telah berlepas pada pukul 7 pagi tadi dari Pangkalan Udara Labuan ke Pangkalan Udara Villamor di Manila.

“Penerbangan dijangka mengambil masa 5 jam 30 minit dan pasukan TUDM akan melaksanakan persinggahan di Pangkalan Udara Autonio Bautista terlebih dahulu bagi pengisian minyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Misi penerbangan diketuai Mejar Thaddeus Raphael Azis @ Sait TUDM bersama 15 pegawai dan anggota TUDM yang lain.

Mereka terdiri daripada dua juruterbang, seorang pembantu juruterbang, dua pegawai kejuruteraan, dua kuartermaster udara, lima juruteknik pesawat dan empat anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Baca artikel lain: Malaysia zahir simpati negara ASEAN dibadai Taufan Yagi

Pangkalan Udara Vilamor akan menjadi stesen utama bagi misi bantuan ini sebelum pasukan TUDM akan diatur gerak ke kawasan bencana yang diperlukan untuk penghantaran bantuan oleh Kerajaan Filipina termasuk ke Lapangan Terbang Pili di Naga City dan Lapangan Terbang Antarabangsa di Daragay Albay.

Semalam, angka korban akibat taufan tropika Trami yang melanda Filipina meningkat kepada 46 orang dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang.

Dalam satu laporan, Pentadbir Pejabat Pertahanan Awam, Ariel Nepomuceno berkata, sembilan wilayah di seluruh negara melaporkan kematian yang berkaitan dengan Trami.

Wilayah Bicol, yang terletak di tenggara Manila dan paling terjejas akibat taufan itu, mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan 28 orang, diikuti wilayah Calabarzon dengan 15 orang.

Beberapa wilayah lain di tengah dan selatan Filipina juga melaporkan kematian yang berkaitan dengan Trami.

Trami, taufan ke-11 yang melanda Filipina tahun ini, melintasi pulau utama Luzon, menyebabkan kemusnahan besar dengan banjir dan tanah runtuh yang dahsyat di Wilayah Bicol dan Calabarzon.

Banjir kilat dan tanah runtuh melanda beberapa wilayah di Filipina pada Selasa ketika Trami membawa hujan lebat dan menyebabkan banyak kawasan terputus bekalan elektrik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This