MALAYSIA menyatakan rasa simpati terhadap beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang dibadai taufan, baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kemusnahan serta korban jiwa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang memerlukan perhatian segera termasuk dalam aspek pemulihan.
“Dalam sesi pleno di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44, saya mulakan ucapan dengan menzahirkan simpati buat rakyat Lao PDR, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam yang dibadai Taufan Yagi baru-baru ini.
“Malaysia menyatakan komitmen dan kesediaan untuk membantu usaha pemulihan rakan-rakan negara ASEAN yang terkesan dengan bencana ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Sambutan hari lahir bertukar tragedi, remaja lelaki lemas ketika mandi laut
Pada sesi sama juga Perdana Menteri membicarakan soal keperluan untuk ASEAN menstruktur semula ekonomi dengan memusatkannya kepada kekuatan setiap negara anggota, selain berusaha menguasai rantaian bekalan serantau.
Langkah ini tegasnya penting untuk memperluas penerokaan potensi ASEAN dalam perdagangan dan memperkukuh daya tahan ekonomi serantau, sekali gus berupaya mencapai matlamat menjadikan ASEAN sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030.
“Saya turut tegaskan kepentingan untuk rakan-rakan anggota ASEAN mengutamakan dialog dan perbincangan dalam menguruskan perbezaan bagi terus ketegangan geopolitik dan polarisasi yang kian memuncak tidak memecahkan hubungan dan kerjasama ASEAN.
“ASEAN harus cekal dan kukuh pendirian dalam menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia bahawa blok ini akan kekal bersatu dan terus menjadi pemacu utama keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

