Liga Super: JDT tundukkan Selangor 3-0 di Stadium MBPJ

Dari Penulis

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menundukkan seteru utama Selangor FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya di Petaling Jaya malam ini.

Skuad Harimau Selatan yang bertandang ke tempat lawan kini mengumpul 34 mata terus selesa melebarkan jurang lapan mata dengan Gergasi Merah yang mengumpul 26 Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) diasak pemain Selangor FC Umarbek Eshmurodov Yusuf Ugli (tengah) pada perlawanan Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Memulakan babak pertama, anak buah Hector Bidoglio mengatur gerak aggresif serta melakukan cubaan demi cubaan bagi memecah kebuntuan gol.

Asakan bertali arus JDT membuahkan hasil apabila Romel Morales menanduk kemas sepakan percuma Juan Muniz sekali gus menewaskan penjaga gol Selangor Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin pada minit ke-30.

Kelincahan Arif Aiman Mohd Hanapi dalam menggelecek kemudian menjadi duri dalam daging buat Selangor apabila leretan kemas ke dalam kotak penalti dilakukannya menemui kaki rakan sepasukan Bergson da Silva untuk jaringan kedua JDT pada minit ke-44.

Babak kedua, Selangor kendalian Mohd Nizdam Jamil terus berduka apabila JDT mencetak gol ketiga pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti Bergson selepas Mohammad Abualnadi menjatuhkan Arif Aiman.

Selangor cuba mencari gol sulung namun setiap cubaan mudah dipatahkan pertahanan JDT dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Untuk rekod, pertemuan kali terakhir kedua-dua pasukan ini adalah pada final Piala FA Ogos lepas, menyaksikan JDT membelasah Selangor 6-1.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This