Pemilihan Laos sebab sukar cari lawan lain buat Harimau Malaya

Dari Penulis

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan pemilihan Laos dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier Satu menentang skuad Harimau Malaya bulan hadapan adalah kerana kesukaran mengatur perlawanan dengan 18 pasukan terbaik daripada Asia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata keputusan dibuat badan induk sukan itu susulan kesemua pasukan telah mempunyai jadual masing-masing hingga tahun depan.

“Kita harus tahu bahawa 18 pasukan terbaik dari Asia sudah ada jadual masing-masing sehingga tahun depan iaitu menghadapi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Pau Marti selaku ketua jurulatih juga membuat keputusan tidak mengatur perlawanan persahabatan menentang empat pasukan dari Asia Tenggara iaitu Singapura, Thailand, Kemboja dan Timor Leste kerana satu kumpulan dengan kita pada Piala ASEAN 2024 Disember ini,” mengikut kenyataan dikeluarkan hari ini.

Perkara sama turut berlaku pada aksi menentang New Zealand baru-baru ini bilamana Pau Marti memutuskan pasukan lawan buat Harimau Malaya bagi aksi persahabatan bulan Oktober dan November.

Baca artikel lain: Harimau Malaya gagal tandingi kehebatan New Zealand, tewas 0-4

“Pau Marti sendiri yang ingin menentang satu kelab (Auckland FC) pada bulan Oktober. Ini kerana beliau mahu mendapatkan perlawanan menentang pasukan negara yang berada dalam ranking lebih tinggi dan kompetitif.

“Tapi tiada pasukan negara yang sesuai pada ketika itu. Pada masa sama, Pau Marti juga akan memutuskan pasukan manakah yang akan dihantar beraksi pada Piala ASEAN nanti.

“Perlawanan menentang Laos dan India ini adalah persiapan terakhir beliau dalam menyediakan pasukan ke kejohanan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, persoalan pasukan manakah yang bakal menjadi lawan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier Satu terjawab selepas FAM mengesahkan skuad negara akan berdepan Laos pada 14 Nov.

Skuad negara kemudiannya akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang India pada 19 November ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This