Lelaki warga Myanmar caci maki polis dicekup

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga Myanmar ditahan di Jalan Pandan 2/3, Pandan Jaya, Ampang, semalam selepas videonya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis tular.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @theintheinzaw403 pada pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, menerusi video tersebut dapat dilihat suspek memaki dan memburukkan pasukan polis.

“Suspek berusia 30-an itu telah ditahan oleh anggota dari Balai Polis Pandan Indah pada pukul 7 malam.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Siasatan awal mendapati suspek memarahi polis kerana berada di dalam pengaruh dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504/ 353/ 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This