WISMA Putra masih belum dapat menentusahkan gambar tular memaparkan MyKad dan lesen memandu milik rakyat Malaysia yang didakwa ditemui di medan perang Ukraine-Rusia.
Dalam kenyataan seperti dilaporkan BH Online, Kementerian Luar bagaimanapun berkata mengambil maklum berhubung dakwaan mengatakan MyKad dan lesen memandu Malaysia itu yang ditemui di Levadne, Zaporizhia itu.
Pada masa sama, kementerian itu memberitahu telah memanjangkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
“Buat masa ini, kami tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut. Maklumat tersebut juga telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk pengesahan.
“Kami dengan hormatnya memohon pihak media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosal beberapa keping gambar termasuk MyKad dan lesen memandu Malaysia dikatakan ditemui selepas tentera Russia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne.
Baca artikel lain: Ukraine sasar hubungan dagang lebih kukuh dengan Malaysia
Terdapat juga dakwaan di media sosial bersama gambar-gambar itu, mendakwa ia milik seorang rakyat negara ini yang tidak dapat dipastikan statusnya sama ada terbunuh atau ditahan tentera Russia.
Berdasarkan pemerhatian ke atas salah satu gambar yang tular, lesen memandu itu milik seorang individu beralamat di sebuah negeri di utara Semenanjung dan ia sah sehingga Februari 2025.
Pada Januari lalu, media pernah melaporkan ada rakyat Malaysia didakwa menjadi askar upahan Russia dalam perang Russia- Ukraine. Bagaimanapun ia dinafikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Kementerian Luar dalam kenyataan sama itu turut menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah tanggungjawab individu masing-masing.
“Walaupun Pejabat Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

