PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda ke-68 yang disambut hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mendoakan Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan kesejahteraan dan dilimpahi rahmat.
“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Baca artikel lain: Garap semangat Deepavali untuk capai kesejahteraan – PM Anwar
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama. Dirgahayu Tuanku,” katanya dalam hantaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

