PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Ketibaan Anwar disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta Pengerusi SIC Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan dibawa meninjau ke petak permulaan sebelum perlumbaan MotoGP berlangsung pukul 3 petang.

Selepas perlumbaan bermula, Anwar kemudian beramah mesra bersama pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan GP Malaysia 2024 di pusat media SIC.

Beliau turut mengambil peluang berkunjung ke Pavilion Petronas dan Rakan Muda yang terletak di pekarangan mall area SIC.

Perlumbaan MotoGP hari ini menyaksikan persaingan sengit perebutan gelaran dunia antara juara bertahan Francesco Bagnaia daripada Ducati Lenovo Team dan pencabar terdekatnya, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing.

Martin ketika ini mendahului kedudukan kejuaraan dunia MotoGP 2024 dengan 465 mata manakala Bagnaia pula berada di tempat kedua dengan 436 mata.

Terdahulu, pelumba Moto2 daripada pasukan Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini manakala juara dunia baharu Moto3, David Alonso daripada CFMOTO Gaviota Aspar pula menampilkan tunggangan hebat untuk merangkul gelaran ke-13 musim ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This