MCMC teliti teknologi satelit LEO, tambah baik liputan internet – Teo

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang meneliti perkembangan teknologi baharu termasuk direct to device yang menggunakan teknologi satelit Low Earth Orbit (LEO) bagi menambah baik liputan internet, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata teknologi baharu penyediaan perkhidmatan internet itu akan memberi manfaat kepada pengguna terutama penduduk di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Beliau berkata langkah itu antara komitmen MCMC untuk menambah baik perkhidmatan internet dan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.

“Selain itu berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dan dapatan MCMC mengenai isu liputan yang dihadapi serta perancangan berterusan, beberapa penambahbaikan akan dilakukan, termasuk mengenal pasti lokasi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam JENDELA Fasa 2 kelak,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) mengenai lokasi yang memerlukan peningkatan sambungan Internet dan usaha kementerian memperbaikinya melalui teknologi terkini seperti satelit atau menara bagi menangani masalah sambungan yang lemah.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This