Institusi pendidikan Mara diingat tak sorok kes buli

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INSTITUSI pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) diberi amaran supaya tidak sesekali menyembunyikan insiden atau kes melibatkan buli.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, tindakan akan diambil termasuk ke atas pengetua institusi pendidikan di bawah Mara itu sekiranya ada kes buli yang disorokkan.

Kata beliau, langkah itu juga selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepadanya.

Asyraf Wajdi turut mengulangi penegasan bahawa tiada kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana institusi pendidikan Mara termasuk MRSM, IKM, KKTM, KPTM, UniKL dan UPTM.

“Saya tidak kira anak pembesar ke, anak orang kenamaan berpengaruh sekali pun jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di IPMA (institusi pendidikan Mara). You touch you go!.

Baca artikel lain: Syed Saddiq kemuka usul tergempar bincang insiden buli di UPNM

“Malah, jika saya dapat maklumat ada usaha menyorokkan maklumat dan menutup kes-kes berkaitan buli atas apa jua alasan, Ahmad Zahid telah mengarahkan saya untuk turut ambil tindakan tegas termasuk menukar Pengetua, Pengarah MRSM atau IPMA terbabit,” katanya.

Pada November tahun lalu, Asyraf Wajdi pernah menegaskan bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kes buli sekiranya berlaku di MRSM.

Asyraf Wajdi menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan murid di MRSM.

Katanya, walaupun kes buli itu dilakukan oleh anak kenamaan, Mara tidak akan ‘membutakan’ mata terhadap perkara tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This