PEMANDU lori kontena yang terbalik sebelum menghempap kereta hingga menyebabkan seorang wanita maut di persimpangan lampu isyarat Bukit Tengah menghala Kebun Sireh, direman empat hari.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu bermula hari ini sehingga Ahad, lapor Berita Harian.
Ia bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada 8.20 pagi tadi, suspek tiba di mahkamah dengan diiringi anggota polis sempat menunjukkan tanda ‘peace’ ketika pihak media merakamkan wajahnya.
UtusanTV sebelum itu melaporkan, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pagi semalam.
Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah merupakan pemandu Honda Jazz.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris kemudian mengesahkan pemandu lori telah ditahan bagi siasatan lanjut dan saringan awal ujian air kencing serta alkohol adalah negatif.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram