Polis bantuan maut tercampak 300 meter dilanggar Vios hilang kawalan

Dari Penulis

SEORANG anggota polis bantuan maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 408, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Hulu Selangor, 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 24 tahun telah terbabas dan hilang kawalan lalu melanggar penunggang motosikal lelaki Melayu berusia 51 tahun.

“Vios terbabit telah terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke lorong kanan.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal telah tercampak ke lereng bukit.

“Penunggang motosikal kemudian ditemui pada pukul 7.50 pagi tadi di kawasan semak di lereng bukit sejauh kira-kira 300 meter dari lokasi motosikal ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa yang bertugas sebagai polis bantuan dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Shah Alam ke rumahnya di Hulu Selangor.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.

Ahmad Faizal berkata, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini telah disita dan dibawa ke Cawangan Trafik Hulu Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This