Malaysia guna pentas antarabangsa desak dunia iktiraf Palestin, singkir Israel dari PBB

Dari Penulis

MALAYSIA menggunakan sebaik-baiknya pentas antarabangsa untuk mendesak dunia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyuarakan pendirian tegas kerajaan Malaysia itu antaranya pada sidang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Peru, Sidang Kemuncak G20 di Brazil dan Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

“Pendirian kita tentu keras, saya usulkan sedikit lebih, meminta negara-negara dunia pertimbangkan menyingkir Israel sebagai anggota PBB…di situ kita bawa isu Gaza dan di hadapan Presiden (Joe) Biden, Presiden (China) Xi Jinping (dan pemimpin-pemimpin) lain.

“Pada Sidang (Kemuncak) G20 di Brazil juga…kita bantah kedudukan PBB sekarang dan menuntut tata kelola dunia, (untuk) pembaharuan PBB dan kuasa veto tidak hanya kepada negara sedia ada dan dikembangkan kepada kuasa seperti wakil Amerika Latin dan Afrika Selatan.

“Mengapa boleh kita terima PBB tetapi kita boleh izinkan negara yang melanggar semua ketetapan PBB seperti Majlis Keselamatan dan PBB kita biarkan, maka sepatutnya negara-negara seperti yang melanggar (undang-undang antarabangsa) terutama Israel patut disingkir,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This