Mayat wanita dalam peti sejuk beku maut akibat trauma objek tumpul di dada – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan mayat seorang wanita yang ditemui dalam peti sejuk beku di sebuah rumah dekat Taman OUG, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat kecederaan pada dada.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan awal bedah siasat mendapati mangsa mengalami kesan trauma objek tumpul pada dada.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.
GAMBAR: Abd Razak Aid

“Sehingga kini seramai sembilan individu telah dipanggil untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan

“Polis juga masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi mengenal pasti jangka waktu sebenar kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek yang juga merupakan anak kepada mangsa itu telah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 6.15 petang semalam dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Suspek berusia 53 tahun itu dibenarkan reman sehingga 25 November.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada suami pada 9 pagi tadi di Jabatan Forensik PPUM,” ujarnya.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat wanita di dalam sebuah peti sejuk beku pada pagi 12 November.

Siasatan mendapati suspek yang juga penggangur tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Malah, suspek juga yang membuat panggilan kepada polis bagi menyerah diri dan tindakannya itu masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This