LAPAN indvidu yang maut dalam nahas di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei, semalam didakwa cuba mengelak dari pemeriksaan polis sebelum Perodua Alza yang dinaiki terlibat kemalangan.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, dalam kejadian 2.50 petang itu, sebuah Perodua Alza telah melarikan diri selepas anggota peronda polis mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan.
Katanya, Alza tersebut datang dari arah Kuching menghala ke Sibu dan bertindak memasuki laluan bertentangan serta melawan arus bermula dari Simpang Bulat.
“Apabila sampai di Jambatan Nyelong iaitu di Lebuhraya Pan Borneo, kenderaan terbabit bertembung dengan sebuah pikap yang dinaiki lelaki dan seorang wanita,” katanya memetik laporan Harian Metro
Aswandy berkata, akibat pertembungan itu, kesemua tujuh penumpang dipercayai warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pemandu Alza itu meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu pikap pula cedera ringan, manakala penumpangnya parah dan menjalani pembedahan di Hospital Sarikei, hari ini.
“Semua mayat telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat dan kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 010 4427240 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Katanya, semakan dibuat mendapati pemandu MPV tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tiada barang terlarang dijumpai di dalam kenderaan itu.
Menurutnya lagi, polis juga sudah menghubungi Konsulat Indonesia untuk proses pengecaman identiti tujuh penumpang maut.
“Siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana mereka memasuki negara ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebo

