JUMLAH mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,352 orang pada pukul 7 pagi ini berbanding 262 orang malam tadi.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa yang terdiri daripada 396 keluarga telah ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.
Daerah yang dilaporkan terjejas akibat banjir adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok, lapor Berita Harian.
Sementara itu, sebanyak lapan PPS dibuka di Tanah Merah, tujuh di Pasir Puteh, enam di Kuala Krai dan masing-masing lima PPS di Kota Bharu serta Pasir Mas, diikuti empat PPS di Jeli, tiga di Bachok dan satu PPS di Machang.
Seramai 301 mangsa banjir daripada 79 keluarga telah ditempatkan di PPS Pasir Mas manakala di Tanah Merah pula seramai 143 mangsa membabitkan 45 keluarga.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

