Lima pegawai kadet UPNM dibuang, kena bayar ganti rugi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LIMA pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes penganiayaan terhadap pegawai kadet lain, baru-baru ini dikenakan tindakan berat atas kesalahan yang dilakukan.

Tindakan terhadap lima orang pelaku tersebut termasuk pembatalan pelantikan sebagai pegawai kadet, pemberhentian kerja daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bayaran ganti rugi kepada kerajaan dikira daripada keseluruhan perbelanjaan yang telah dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian.

Keputusan itu telah diluluskan mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam selepas syor berkenaan dikemukakan ALK.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan memaklumkan, tindakan yang dikenakan itu tidak tertakluk kepada tindakan lain yang diambil oleh UPNM sendiri mahu pun Jabatan Peguam Negara.

Beliau menegaskan, Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penganiayaan dalam mana-mana institusi ketenteraan dan akan terus menambahbaik mekanisme pencegahan bagi mengelakkan kejadian penganiayaan berulang.

“Kementerian Pertahanan memberi komitmen untuk memastikan sebarang tindakan yang bertentangan dengan etika dan peraturan yang telah ditetapkan akan ditangani dengan tegas serta keras.

“Kementerian Pertahanan berharap agar keputusan ini menjadi pengajaran kepada semua pihak serta dapat memulih dan memperkasa nilai-nilai ketenteraan yang sepatutnya diamalkan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memaklumkan bagi kes pertama, membabitkan pelaku iaitu pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Pengambilan 2021), Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan yang ditamatkan perkhidmatan dan perlu membayar ganti rugi RM44,600.

Baca artikel lain: Pijak junior guna ‘spike boot’, pegawai kadet UPNM didakwa

Menurut Mohamed Khaled, kes melibatkan tekapan seterika ke dada mangsa itu telah dikesan jurulatih bertugas ALK semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala pada 28 Oktober lalu.

“Susulan itu, satu siasatan dijalankan dan mendapati Amirul iskandar telah melakukan penganiayaan fizikal terhadap mangsa.

“Pelaku juga telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 8 November lalu dan prosiding masih dijalankan,” katanya.

Dalam kes kedua pula, Mohamed Khaled memaklumkan ia melibatkan tiga pelaku iaitu Izzat Izuddin Mohammad Arif (pelaku 1), Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan (pelaku 2), dan Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi (pelaku 3).

Ketiga-tiga pelaku melakukan antaranya salah laku secara fizikal, serta mengarahkan mangsa untuk melakukan kerja-kerja peribadi dan tindakan pengasingan yang menyebabkan gangguan emosi terhadap mangsa.

Jelasnya, ketiga-tiga pelaku dalam kes kedua ditamatkan perkhidmatan dan masing-masing diarahkan membayar ganti rugi masing-masing berjumlah RM48,452; RM19,481 dan RM44,600.

Kes ketiga membabitkan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Ammar Hafiy Muhammad Habib yang didapati mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa.

Katanya, tindakan salah laku Ammar Hafiy mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada tisu lembut di bahagian bawah belakang tubuh.

“Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam ATM dan dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan Malaysia berjumlah RM32,115.95,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This