Kahf Malaysia raih penghargaan di Anugerah FMCG Asia 2024

Dari Penulis

JENAMA penjagaan diri lelaki, Kahf Malaysia, berjaya meraih penghargaan Product Launch of the Year di Anugerah FMCG Asia 2024. 

Anugerah ini mengiktiraf kejayaan besar Kahf dalam memasuki pasaran penjagaan diri lelaki di Malaysia.

Ketua Kumpulan Pembangunan Jenama Kahf, Andrie Kurniarahman berkata, produk-produk Kahf direka khas untuk memenuhi keperluan lelaki moden, menggabungkan sains dan alam semula jadi dalam setiap formula. 

“Kahf menawarkan rangkaian produk Halal berkualiti tinggi yang direka untuk gaya hidup aktif lelaki, dengan teknologi HydroBalance™️ yang membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.

“Jenama kami mengutamakan keselamatan pengguna, dengan produk yang telah diuji oleh pakar dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit,” katanya.

Tambah Andrie,  Kahf juga memperkenalkan kempen #JalanYangKupilih, bertujuan menyokong lelaki dalam usaha mereka untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Kempen tersebut diperkasakan melalui video digital yang menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar, yang memberikan inspirasi kepada lelaki untuk terus berkembang dengan sokongan produk Kahf.

“Sejak dilancarkan, Kahf telah berjaya mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa, dengan jualan yang meningkat secara signifikan dalam tempoh dua tahun, dan berkembang lebih pantas berbanding pasaran penjagaan kulit di Malaysia,” kongsinya.

Sementara itu, Andrie juga menekankan bahawa Kahf akan terus melancarkan produk-produk inovatif bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.

Anugerah FMCG (Fast Moving Consumer Goods)  Asia yang dianjurkan oleh Retail Asia ini mengiktiraf syarikat-syarikat terbaik dalam industri FMCG di Asia, dan pencapaian Kahf membuktikan kejayaannya dalam memperkenalkan produk yang diterima baik oleh pasaran tempatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahu Menang Jongkong Emas Fizikal? Ini Cara Sertai Peraduan Ulang Tahun Ke-14 JustMarkets

PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.  Kempen gergasi yang menawarkan...

More Articles Like This