AGENSI Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diarah untuk menghantar khemah yang terdapat di negeri yang belum mengalami banjir ke Kelantan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamiid berkata, ini selepas beliau dimaklumkan berlaku kekurangan khemah di negeri tersebut yang kini teruk dilanda banjir.
“Saya dapat maklumat terdapat kekurangan khemah dan saya sudah mengarahkan NADMA supaya menghantar segera khemah berkenaan.
“Khemah di negeri yang belum dilanda banjir perlu dihantar ke Kelantan,” katanya seperti Berita Harian.
Baca artikel lain: Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, hari ini.
Yang turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

