MCMC proaktif tangani masalah liputan di kawasan banjir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah liputan telekomunikasi di kawasan banjir.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, antara tindakan proaktif yang dilakukan termasuk menyelaras kerja-kerja baik pulih infrastruktur komunikasi bagi memastikan penduduk dapat terus berhubung semasa bencana.

Pada masa sama, MCMC turut menyarankan supaya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang tidak terjejas dengan banjir boleh digunakan untuk mengakses internet.

Menurut MCMC, sesi ujian liputan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan.

“Ia bagi memastikan liputan internet di PPS berada pada tahap terbaik.

Baca artikel lain: MCMC di fasa akhir teliti pelaksanaan saluran notis bencana tanpa lalui SMS – Fahmi

“MCMC juga menyelaras informasi dengan pihak jawatankuasa bencana daerah dan negeri mengenai kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir.

“Ini bagi memastikan keselamatan pihak penyedia perkhidmatan semasa mereka melaksanakan penyelenggaraan di kawasan banjir,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Di samping itu, MCMC memaklumkan pihaknya turut menyalurkan maklumat amaran awal banjir kepada pengguna dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) melalui pelbagai cara seperti khidmat pesanan ringkat (SMS).

“Tindakan ini dapat membantu orang ramai mengemas kini maklumat banjir di seluruh negara,” katanya.

Sehingga pukul 10 pagi tadi, sebanyak 124 stesen pemancar dan 47 NADI masih terjejas susulan banjir yang sedang melanda tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This