PERIKATAN Nasional (PN) yakin merampas Pahang, Perak dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berdasarkan sokongan rakyat kepada PN di ketiga-tiga negeri itu semakin bertambah.
“Di utara memang ya kita sudah bentuk kerajaan, di bawah kita ada empat negeri. Kini Pahang, Perak sudah lihat sokongan sudah bertambah.
“Selangor pula kita hanya kurang sikit sahaja undi, kalau tidak menteri besar ada dekat sini (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ketujuh di Ideal Convention Centre (IDCC), hari ini.
Hadir sama dalam sesi berkenaan, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Setiausaha Agung, Mohamed Azmin.
Muhyiddin bagaimanapun berkata, ia bukan perkara yang mudah memandangkan ada persaingan.
“Kita pembangkang, jadi sudah tahu. Kita kena bagi semangat kepada semua ahli. Oleh sebab itu, kita kena bekerja keras tapi tidak mustahil boleh berjaya. Saya faham ia sebagai satu cabaran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

