Banjir: JPN ganti kad pengenalan, sijil lahir hilang secara percuma

Dari Penulis

KEMENTERIAN Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang secara percuma kepada mangsa banjir.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selepas musim banjir, pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas untuk memastikan urusan tersebut disegerakan.

“Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pascabanjir nanti,” katanya menerusi hantaran di laman X rasminya hari ini.

Setakat 8 pagi tadi, 152,377 mangsa banjir direkodkan ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Negeri yang terkesan banjir pada ketika ini ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Melaka, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penggunaan elektrik pusat data dijangka melonjak kepada 31 peratus menjelang 2035

PENGGUNAAN elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak dengan ketara kepada 31 peratus atau bersamaan dengan 73,274 Gigawatt-hour (GWh)...

More Articles Like This