Nelayan terkejut jumpa bangkai gajah hanyut dalam Sungai Pahang

Dari Penulis

SEORANG nelayan terkejut apabila melihat bangkai seekor gajah yang hanyut di Sungai Pahang dekat Lubuk Penor, Kampung Besul, Jerantut, petang semalam.

Azman Yusoff, 54, berkata, dalam kejadian pukul 6 petang itu, beliau telah turun ke sungai sendirian dengan menaiki bot untuk menjaring ikan.

“Saya mencari rezeki dengan menjaring atau memancing di sepanjang Sungai Pahang berdekatan kawasan Kampung Besul hingga ke Kampung Pulau Mansok.

“Ketika mahu memasang jaring, saya melihat ada objek terapung dan menyangka ia adalah kayu hanyut.

“Saya mendekati objek itu dengan berhati-hati dan terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai seekor gajah.

“Ketika itu, banyak batang kayu dibawa arus deras dan saya membiarkan bangkai gajah terbabit hanyut,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Tambahnya, gajah itu berkemungkinan tergelincir ke dalam sungai dan dibawa arus deras menyebabkannya lemas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This